lagu raya byak mengubat hati mereka yg jauh di perantauan kerana mencari rezeki..
tp bg aku raya tahun ini walaupun sederhana tp bermakna bg aku..
Seperti biasa, pagi raya aku akan melaksanakan tugasku sebagai hamba Allah utk bersembahyang raya..sebelum sembahyang raya, aku sempat solat sunat dulu..
keadaan di masjid Beaufort ketika itu sangat ramai dgn org2 yg ingin memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah utk pagi raya yang membahagiakan sesiapa sj...
Selepas blik dari sembahyang raya, aku mencium tgn mak n bapaku yang aku cintai untuk memohon ampun atas segala kekasaran dan kesilapan yang aku pernah buat terhadap mereka sama ada secara langsung atau tak...
walaupun sederhana raya tahun ini, tapi aku bersyukur kerana aku berjaya membuat kuih atau biskut raya dgn hasil air tgnku sendiri..mak aku bukan mcm dulu lagi kuat utk menyiapkan semuanya..so aku kan satu2nya anak perempuan dia dlm family so rugilah kalau aku lgsg tak tahu apa2 tentang dapur n memasak..
aku dapat buat kuih raya dlm 10 jenis dan tidak sesekali selama aku hidup ni membeli kuih tunjuk bagi perayaan hari raya yg mulia..memang kuih tu hasil dr air tgn ku sendiri..
begitu juga dgn tetamu yg datang bertandang akan ku hidang makanan yg sedap2 hasil dr air tgn aku n mama ku...
gembira rasanya melihat org makan masakan kita hingga menjilat jari ..bukan setakat gembira tpi rasa kenyang pun ada juga, spt kita rasa sgt dihargai...
hari raya pada tahun ini, aku juga membelikan bapaku sepasang baju melayu dan dua pasang baju kemeja..begitu juga dgn mama ku, aku belikan mamaku baju yang sama warna utk dipadankan dgn baju melayu bapaku...biru..
pakaianku?..memang dari luar kebiasaan aku sendiri, aku tampil dgn pakaian lain dr yg lain warna kelabu.....pakaianku tu dlm family besar mak aku pun hanya aku jak yg pakai baju tu..heheheh..tgah puji ni..
bukan niat nak membongkak diri tp aku bersyukur kepada Allah kerana aku masih berkesempatan merayakan hari raya dgn gembira dan diberi kesenangan atau kelebihan membelikan mak n bpku pakaian raya...aku sgt gembira bila mak n bapaku suka apa yg aku belikan utk mereka dan diri mereka disarung dgn pakaian yg aku sediakan pada pagi raya...alhamdulillah kpd Allah....